Thursday, March 31, 2011

Neraka WAIL ....nauzubillah..

BALASAN LALAI DALAM SOLAT MASUK NERAKA WAIL
AMALKU TIDAK DITERIMA
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu hanya ingat pada Allah hanya 5 waktu itu saja
dan pada masa lainnya kamu lupa pada-Nya?
Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.
Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi, kamu tidak bersyukur padanya?
kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu.
dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya.
tetapi hatimu masih belum puas,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu?
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik-baik.
sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu?
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu
adakah Allah sendiri redho dengan apa yang ada di sisi kamu itu?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,
menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu
untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu
yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh
dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah
kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah
walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah?
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci maki itu? Tidakkah kamu fikirkan?
Kamu sembahyang 5 waktu tetapi,
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain
ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu?
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas,
Tidak kah kamu berfikir? mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
“Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang”.
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka
yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Muhasabah diri, Sucikan hati, bersihkan Jiwa… =)

No comments:

Post a Comment